Friday, 27 November 2015

LARI DARI RUMAH

Sebab nak lari dari rumah

1. Aku ni dah 5 bulan duk rumah, xkeje lagi.....sebab aku tak mencari pun lagi. Mak aku yang cakap duduk rumah lama sikit. So, aku jadi malas nak cari lagi. Tapi, sebenarnya ade jugak try mintak. Belum ade rezeki lagi. Hari tu, ayah aku cakap nak mintak tolong jiran bagi kerja kt aku. Jiran aku tu, hari tu dia tolong aku dapatkan pinjaman belajar. Jadi, aku sebenarnya tak nak la nak mintak tolong dah. Bukannya aku bila jumpa nak tegur pun jiran aku tu. Segan pulak. Sebab tu aku nak lari dari rumah.....

2. Aku takde lesen kereta lagi, ingatkan nak kumpul gaji baru ambik lesen. Tapi, keje pon belum, alamatnya sampai ke tua tak ambik lesen gamaknye. Ayah aku kate guna duit die ambik lesen. Serba salah sebenarnya, tapi ambik je. Itulah sebabnye, terasa macam menyusahkan walaupun tau ayah aku tu banyak duit 

3. Yang ni pasal akak aku, die join ape ntah tapi kita kene buka akaun dalam usd. Die kate dah kawen nanti, nak duk rumah, duit datang kt die. Aku tak heran pon. Mak ayah aku dah melabur, buka akaun usd tu. Kira macam MLM jugak kot tapi aku malas nak ambik tau. Tibe-tibe, cakap dengan mak aku je nak buka akaun tiga beradik aku ni, guna emas yang mak aku simpan. Duit tu bahagi tiga, buka akaun aku dengan dua orang adik lagi. Aku ni nak marah pun ade, tanya la aku dulu kok ye pun. Aku rasa macam aku tak mampu nak merancang untuk diri sendiri. Dah la guna duit mak aku nak buka akaun. Langsung tak tanye aku nak buka akaun tak, buat aku macam tak pandai nak buat keputusan sendiri. Aku memang tak akan guna duit tu. Sebab tu aku nak lari dari rumah.

Tapi, aku marah macam mana pun, aku tak keluarkan, aku pergi duk sorang-sorang. Malas nak bergaul dengan orang. Semua jadi malas. Yang penting, Aku nak lari dari rumah!!!!!!

Sekian

No comments:

Post a Comment