Tuesday, 24 March 2015

Beza Manusia

Assalamualaikum

Gaya pemkiran manusia ni berbeza-beza mengikut apa yang dilalui sepanjang hidup. Di tempat aku belajar ni, aku ade kenal dua orang pak cik, sorang pemandu bas dan sorang lagi pensyarah.

Pakcik yang pertama ni pak cik pemandu bas. Satu hari, aku naik bas yang dia bawa, aku tegur sekali je pasal dah makan belom, lepas tu die cerita pasal handphone yang dia baru beli. Aku dengar je la, then dia suruh aku tengok-tengok phone die pasal dia tak reti sangat. Aku try tengok, bagi tau apa yang perlu tekan sume. Masa dia bawa bas tu, budak-budak naik panggil dia pak cik. Lepas tu, dia tanya aku, dia tu tua sangat ke... Then, aku yang nak ambik hati ni cakap la, 'Pakcik, sebenarnya diorang panggil encik bukan pakcik. Pakcik salah dengar tu.' Pelik aku pakcik tu, die bagi tau umur die da 40 lebih. Bagi aku memang patut pun panggil pakcik. Lepas tu, ade dia nak bawak aku jalan-jalan naik bas, tapi malam katanya sebab dia kerja. Lepas-lepas tu aku dah tak naik da bas dia. Takut haha

Pakcik yang kedua ni, seorang pensyarah. Umur dia aku agak dalam 40 lebih jugak same macam pakcik yang pertama tadi. Masa tu aku nak pergi fakulti, terserempak dengan dia. Then, aku tegur la. Tanye 'ape kabar Dr?' Dr jawab 'Biasa la sihat orang tua.' Aku agak terkejut dengan jawapannya yang bagi aku sangat humble bagi seorang pensyarah. Borak dengan dia, tanya tempat tinggal, rupa-rupanya orang kampung aku haha. Tak sangka betul.

Semakin banyak kita menimba ilmu, kita akan terasa diri begitu kerdil macam pensyarah. Dia bukan sebarang pensyarah, timbalan dekan di fakulti aku. Baik, sopan, hensome pun ye jugak la. Awet muda gitu. Tapi, yang lagi sorang tu, mase dia minta aku tunjuk nak guna phone dia, dia tengok movie. Masa lapangnye tengok movie. Kesimpulan........fikir-fikirkan