Sunday, 24 November 2013

Curahan minda

Actually, tak tau nak tulis pasal ape, tapi nak tulis jugak. Tadi pergi makan dengan kawan, lepas tu pergi shopping sekejap. Untung gak sem ni dapat rumate ade bawak kereta. Rumateaku suke bercerita, aku pulak suka dengar je. Die slalu cite pasal fyp nye,kadang suruh aku pikir skali, aku ni malas skit nak pikir melainkan kalau aku betul-betul nak pikir. 

Sekarang rase lebih sunyi. Bese tengok henset, kot2 ade msg dr seseorang, tapi sekarang tak de sape da yang nak mesej. Menguji betol. Tu yang asyik tulis kat sini je. kejenye banyak tapi kejap lagi....hehe....jangan tiru perangai ini di rumah.

Hari selasa ni ade test, tapi tak stadi lagi, dah la esok dua orang kawan aku suruh ajar, macam pandai je, tapi aku ok la result daripada diorang hehe....angkat bakul sendiri la.... kat kursus kahwin, aku dapat sorang kawan, die duk kat serumpun, katenye familiar muke aku ni (femes rupenye), tapi lupe plak nak ambik no die. Pastu, aku kenal sorang lagi kawan kat situ, satu kelas bi, laki2.....igt nak ngorat, tapi die tu baik sgt, aku ni jahat. tak sesuai pon.

Kita tak dapat menjangka apa yang Allah tentukan untuk diri kita. Kita sangkakan hujan, rupanya cerah, kadang-ladang kita sangka cerah, rupanya hujan pulak, tapi sebenarnya hujan yang diberi itu sebenarnya Allah nak bagi kita pelangi yang cantik. Sungguh indah aturan Allah, takkan tercapai dek akal manusia yang terlampau cetek.

Saturday, 23 November 2013

Semoga terus diberikan kekuatan....Jangan beri aku melakukan kesilapan kali kedua, kerana itu akan menyakitkan......sedang menahan hati

Perkahwinan

Hari ni pergi kursus kahwin....banyak dapat input walaupun asyik gelak je duk kat dalam dewan tu
Dalam perkahwinan banyak benda yang perlu dipelajari, daripada aqidah, nikah sampai kepada mendidik anak. Bukan senang nak didik anak ni, nak2 anak perempuan macam aku he

Tadi, ustaz kate orang lelaki wajib belajar ilmu haid, nanti boleh ajar bini kalau bini tak tau, kalau tak mampu, wajib die sediakan satu orang guru yang boleh mengajar, kalau tak mampu jugak, kene hantar isteri pergi belajar ilmu tu, kalau tak mampu jugak, isteri boleh tak minta izin suami untuk keluar pergi mencari ilmu, tapi.....isteri hanya boleh keluar pergi menuntut ilmu, tak boleh melencong ke tempat lain walaupun sekejap, kalau nak kene bagitau suami.

Macam tak percaya je tengah dengar kursus kahwin, rase macam pergi kuliah agama je....tajuk yang pertama pasal aqidah dan ibadah. pentingnya aqidah dalam sesebuah institusi keluarga....Tadi, ustaz kate 80% pasangan yang bercerai adalah daripada kalangan pasangan yang tak mendirikan solat. Daripada situ dah boleh nampak, ibadah pun memainkan peranan penting untuk kekalkan perkahwinan. 

Aku sangat berbangga punya umi dengan baba. Terima kasih kerana kenalkan aku dengan cinta Allah. Cinta yang takkan ade perasaan kecewa, sedih, muram. Cinta yang membuatkan manusia sentiasa positif. Aku kagum dengan cara didikan umi dengan baba. Didikan yang tulus, membuatkan aku sentiasa tersentuh. 

Yang pasti aku taknak kawen lagi buat masa sekarang....salam






Thursday, 21 November 2013

Mukjizat Al-Quran

Ibnu Masud r.a. berkata:
“Seorang yang mengerti Al-Quran
dikenal waktu malam ketika orang lain tidur,
dan waktu siangnya ketika orang lain tidak
berpuasa,
sedihnya ketika orang lain sedang gembira,
dan tangisnya di waktu orang lain tertawa,
diamnya di waktu orang lain bicara,
khusyuk di waktu orang lain berbangga.
Seharusnya orang yang mengerti Al-Quran itu tenang,
lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,
kejam, lalai, bersuara keras dan marah.”

Indahnya aturan Allah

Banyak perkara dalam dunia ini yang boleh membuat kita terlalu gembira, sedih, kecewa, marah dan muram dan macam-macam lagi. Hidup ini penuh dengan warna-warni dan corak yang begitu unik yang sehinggakan manusia itu sendiri tidak mampu untuk mentafsir makna di sebalik kehidupannya.

Namun, di sebalik setiap warna yang terdapat dalam hidup, manusia sering lupa bahawa setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah. Yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri manusia. Setiap saat yang diperuntukkan, di mana manusia sering menghabiskan waktunya.  Warna-warna itu berbeza bagi setiap manusia mengikut tahap kemampuan hambaNya. 

Begitu indah aturan yang Allah tetapkan untuk hambaNya. Tetapi mengapa manusia seringkali buta untuk menilai kasih sayang Allah yang satu ini? Bukankah ini tanda cinta Allah terhadap hambaNya? Kadang-kadang banyak sangkaan buruk terhadap masalah menimpa.

In conclusion, just go on with your life.....make it simple.....and try to be optimis.....