Sunday, 7 April 2013

Buat renungan diri

salam,

Masa cuti baru ada masa nak tulis...

Kadang -kadang kita tak sedar yang kita telah dilimpahkan dengan banyak nikmat tetapi kita yang tidak sedar. Nikmat kawan, nikmat keluarga, nikmat pancaindera, nikmat belajar, nikmat makan, nikmat minum dan banyak lagi.

Apabila diberi ujian, selalu kita terlupa nikmat Allah melebihi ujian yang Dia timpakan. Kadang-kadang kita merasakan ujian kita ini terlalu berat untuk dipikul tetapi sering kali kita terlupa yang ada orang mendapat ujian yang jauh lebih besar.

Kadang-kadang kita rasa itu adalah yang terbaik untuk tetapi kita sering terlupa yang Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jualah yang menjadi penentu kepada setiap yang kita rancang. Cuma Allah berpesan, Jangan berputus asa daripada rahmatNya.

Tapi, macam mana dengan jodoh? Ada orang kata, kene usaha tapi tak tau nak usaha macam mana...
Adakah dengan mengorbankan prinsip yang dipegang. Apabila difikir-fikir, lebih baik hidup sendiri.

Dalam banyak-banyak sunnah, sunnah yang ini yang paling rumit untuk dilaksanakan. Yang melibatkan dua orang yang tiada pertalian darah, ntah orang tu datang daripada mana, siapa....

Allah kurniakan manusia dengan perasaan cinta, kasih, rindu, sayang, benci dan sebagainya untuk diletakkan di tempat yang sepatutnya.....