Monday, 17 December 2012

Hati itu raja di dalam diri.....jagalah hatimu.....insyaallah, segala anggota kan terjaga

Sunday, 16 December 2012

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.
Cinta itu fitrah manusia,
Setiap manusia ingin mencintai dan dicintai,
Tapi, apa betul jalan nya?

Cinta itu sangat rumit,
Anugerah dari Yang Maha Esa,
Perasaan yang susah untuk dikenal pasti,
Apakah sudah bertemu atau tidak.....

Cinta itu bukan sayang,
Cinta itu bukan benci,
Cinta itu bukan suka,
Cinta juga bukan apa-apa pun,
Kerana cinta itu adalah cinta.

Perasaan apa ini,
Terasa ingin ku lari daripada perasaan,
Hanya Engkau yang mampu memberi kekuatan,
Jauhkan daripada cinta yang bukan sepatutnya,
Berikan aku cintaMu,
Yang mampu menewaskan apa sahaja bentuk rintangan,
Aku rindu kepada cintaMu

Thursday, 16 August 2012

Ramadhan

Salam, dah lame tak tulis blog...
pejam celik pejam celik dah di penghujung Ramadhan.
harapan ramadhan

*Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku
Berada di bulan Ramadhan semula

Ulang *

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ulang*

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan
Berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan tabah

Ulang* 2x

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan RahmatMu
Oh Tuhanku....ku tempuh jua


Da habis. selamat menghayati. Matlamat hidup manusia di atas muka bumi Allah hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Adz-Zariyat, Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. Semoga Ramadhan kali ini menjadi satu momentum untuk menjadikan kita insan yang lebih sempurna di mata Allah. Penuhi hari dengan sesuatu yang berfaedah nescaya kita akan terhindar daripada melakukan perbuatan yang sia-sia. Aku mohon kekuatan daripadaMu.


Tuesday, 10 April 2012

SIAPA MUSLIM

Sudah lama tidak mengambil tahu hal politik negara, tak tahu apa yang terjadi...semua pihak boleh memanipulasi. Tapi aku tetap dengan parti tersebut walau banyak yang aku dengar negatif...

5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi seorang da'i yang disebut di dalam hadith Rasulullah iaitu:
  1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
  2. Orang munafiq yang membencinya
  3. Orang kafir yang mahu memeranginya
  4. Syaitan yang hendak menyesatkannya
  5. Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya.
Dipetik dari buku 'Bahtera Penyelamat' tulisan Ustaz Fathi Yakan..Pastikan kita termasuk golongan orang yang bercita-cita memartabatkan agama Allah dengan ikhlas tanpa rasa dengki dan membenci antara satu sama lain.

Masa aku balik dari kem, aku merasakan yang aku kehilangan sesuatu yang aku takkan dapat bila aku balik kolej. Di sana aku dapat berjumpa dengan orang yang sama matlamat dengan aku. Makan bersama. Menuntut ilmu bersama. Walaupun kalangan mereka adik dengan aku. Ukhuwah yang dibina atas nama Allah itu sangat manis bila dihayati.

Antara tajuk kuliah dasar yang dibincangkan:
  1. Islam sebagai Ad-Deen
  2. Tasawur Tarbiyah Islamiyah
  3. Amar Makruf Nahi Mungkar
  4. Amal Islami
  5. Pengenalan tentang jemaah
Tajuk-tajuk ni takkan ada dalam dewan kuliah. Siapa yang tidak dapat merasakan agama itu dipisahkan daripada kehidupan, aku tak tahu la. Sedangkan belajar agama itu wajib bagi setiap muslim. Di sana aku cuba untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu supaya aku dapat bawa balik untuk sahabat-sahabat aku di kolej.

Di sini aku bawakan satu kisah seorang murabbi yang hidupnya diabdikan untuk dakwah. Wallahu a'lam...
sang murabbi...............................selamat menonton=)

Monday, 9 April 2012

APA ITU ISLAM

Ramai umat Islam sekarang yang salah tafsir maksud perkataan Islam. Fahaman mereka sama seperti fahaman barat iaitu agama hanya perlu diamalkan di masjid sedangkan Islam itu agama yang mengajar semua perkara. Islam itu adalah satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan sedangkan  agama lain, agama hanyalah amalan kerohanian sahaja. Banyak revolusi-revolusi dunia yang berlaku adalah kerana kegagalan agama kristian memasukkan agama dalam kehidupan kerana bagi mereka agama hanya di rumah ibadat.

Islam mengajar daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Daripada bab membersihkan diri sehingga ke pemerintahan sebuah negara. Ia bukan hanya utuk orang Arab tapi merangkumi seluruh umat manusia. Islam itu patuh, taat dan menyerah diri yang mana ia lahir dengan kesedaran dan bukan dengan paksaan sebab penyerahan yang tanpa paksaan itu tiada perhitungan dosa dan pahala.

Allah berfirman,
'Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi menyerahkan diri kepadaNya, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan'.   (Surah Ali Imran:83)

Siapa kita untuk tidak mematuhi ajaranNya. Para ulama banyak yang menulis buku-buku supaya umat Islam dapat memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Contohnya, Ustaz Fathi Yakan yamg menulis kitab 'Apa ertinya saya menganut Islam?'. Buku telah banyak diterjemah kepada pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Penting untuk kita mengetahui Islam secara mendalam supaya hidup kita tetap berada di atas landasan yang betul.

Tuesday, 3 April 2012

NUMBER ONE FOR ME

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I make you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

*Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

**Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do
*
*
**
***You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oo Number one for me
2x

There's no one in this world that can take your place
Oh I'm sorry for ever taking you for granted
Ooh, I will use every chance I get
To make you smile, whenever I around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
*
**
**
***
(listen here)

Sunday, 1 April 2012

kahwin

Apabila seorang lelaki datang kepada kamu dan menyatakan cintanya kepadamu, jangan kamu terima kerana mereka yang benar-benar menghargai kamu, mereka mestilah meraikan walimu terlebih dahulu kerana kamu di bawah jagaannya.

Ramai orang menganggap zina itu hanyalah zina sedangkan zina itu ada banyak pembahagiannya. Dalam Al-Quran, Allah berfirman, 'La takrabuz zina'.....

Jangan kamu menghampiri zina, antara perkara yang menghampirkan diri kepada zina bukan hanya duduk berduaan, berpegangan tangan tetapi termasuklah sms, chatting dan sebagainya. Ada ulama mengatakan mereka yang melakukan ini, 'Mengambil hakikat di sebalik nama'. Maksudnya, nama itu merujuk kepada sms, dan chatting, itu bercinta secara syubhah.

Dalam hadis nabi ada disebut, 'Kahwin lah kamu jika kamu mampu, jika kamu tidak mampu, maka berpuasalah'. Aku ada berbicara dengan sahabatku mengenai perkara ini, katanya itu nafsu je. Memang itu bagi orang yang tidak dapat menahan nafsunya, menahan nafsu itu termasuk tidak bersms, tidak berchatting dll. Ini kerana kita memang tidak akan kenal dengan seseorang itu sebelum kahwin, kita hanya akan betul-betul kenal hanya setelah bernikah. Lebih jangan bercinta sebelum kahwin kerana dengan nikah kita akan kenal betul-betul dengan pasangan kita.

Aku bukanlah seseorang yang sudah berkahwin, tetapi ini apa yang aku terima daripada pengalaman orang, dan daripada orang yang sudah merasai nikmat cinta selepas nikah. Wallahu a'lam...

WANITA DALAM ISLAM

Semalam aku pergi menonton forum 'Bicara Hati Bidadari'. Ahli panelnya Ustazah Asni dan Wardina Safiyah. Sangat menarik. Aku duduk di barisan depan skali.

Apa yang menariknya ialah yang pertama mereka membicarakan mengenai kenapa wanita kurang bersuara. Kerana pemikiran kita telah disogokkan perempuan tidak boleh melawan kata lelaki kerana mereka adalah pemimpin kita. Jadi, semua arahan mereka mesti dipatuhi. No, that's not the way that Islam teach us. Islam sangat mengambil berat tentang kebajikan wanita. Pada zaman Rasulullah, wanita yang paling banyak bertanya soalan dengan Rasulullah ialah wanita daripada golongan Ansar, kerana itu baginda menyukai wanita golongan Ansar.

Dalam satu konferens yang diadakan di Malaysia, he, Dr. Akram Nadwi, aku lupe la sape, die mengkaji tentang periwayat-periwayat hadis. Tidak ada seorang pun periwayat hadis wanita yang mengeluarkan hadis palsu, semuanya meriwayatkan hadis-hadis sahih. Yang paling ramai meriwayatkan hadis palsu adalah daripada golongan lelaki. Ini menunjukkan wanita tidak terlalu lemah dari segi daya ingatan.

Beliau juga mengkaji bilangan para periwayat hadis wanita. Semuanya berjumlah 8 ribu orang dan kebanyakan wanita ini mengajarkan ilmu hadis kepada golongan lelaki. Ini menunjukkan dalam Islam wanita tidak boleh terkecuali daripada menuntut ilmu Allah dan mengajarkan kepada orang ramai. Begitu hebat wanita-wanita di zaman Rasulullah.

 Dalam masalah rumahtangga juga, wanita ada diberikan hak untuk menyuarakan pendapat bagi sesuatu masalah. Wanita juga ada kuasa untuk talak. Begitu banyak yang Islam tetapkan kelebihan bagi wanita tetapi tidak ramai yang tahu.

Di saat maruah wanita di zaman jahiliyah dipijak-pijak, Islam datang bagi menyeimbangkan tugas lelaki dan wanita. Di zaman jahiliyah, bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap membawa malang kepada keluarga. Yang lelaki sangat berkuasa, tetapi apabila mahu melepaskan hawa nafsunya, mula mencari wanita. Aku membayangkan wanita di zaman itu hidup di dalam ketakutan. Tidak dapat aku bayangkan jika aku berada di zaman itu, sangat menyedihkan.

Islam datang membawa tugas yang satu untuk hamba Allah. Satu tugas yang dipikul oleh kedua-dua pihak baik lelaki mahupun perempuan. 'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu.'(Surah Adz-Zariyat:56). Ini tugas utama kita, ingat!!

PERGOLAKAN DI SYRIA

Syria terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria.

1. Berapa jumlah mangsa terkorban di Syria?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 7,500 orang terbunuh sejak bermulanya revolusi anti-Assad pada Mac lalu.

Angka sebenar kematian sukar diperoleh kerana jumlah diberikan oleh pelbagai sumber adalah berbeza.

Namun, dua kumpulan aktivis utama, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan meletakkan angka korban sebenar lebih daripada 8,000 orang.

2. Siapakah pemberontak di negara itu?

Kumpulan pemberontak di Syria tidak disusun dengan teratur, ia terdiri daripada Angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) dan kumpulan berbeza yang bersatu hanya untuk mencapai matlamat menggulingkan pemerintahan rejim Assad.

Ia turut disertai puluhan ribu penduduk yang tidak pernah putus asa mengadakan protes di seluruh negara anjuran kumpulan aktivis di negara itu.

Gerakan anti-Assad tersebut pada mulanya berlangsung dengan aman tetapi akhirnya bertukar ganas selepas pasukan tentera bertindak menggunakan kekerasan.


3. Mengapa mereka menentang rejim Assad?

Kebangkitan rakyat itu tidak hanya menentang pemerintahan Assad tetapi dinastinya.

Bapa beliau, Hafez Assad turut terkenal kerana kekejamannya terhadap pemberontakan politik.

Pada 1982, bapa Assad telah menindas pemberontakan dilancarkan oleh Ikhwanul Muslimin di bandar Hama sehingga menyebabkan kira-kira 20,000 orang terkorban.

Apabila bapanya meninggal dunia pada 2000, pelantikan Assad sebagai pemimpin yang sederhana berbanding pemerintahan kuku besi sebelum itu telah disambut baik, tetapi tidak lama kemudian pembaharuan awal tersebut bertukar menjadi cengkaman kuasa diktator.

Apabila protes bermula awal tahun lalu, kumpulan pembangkang hanya menuntut pembaharuan dalam kerajaan dan bukan pengunduran Assad.

Tetapi, selepas rejimnya melancarkan tindakan kekerasan, mereka mula mengadakn protes untuk menggulingkan presiden tersebut.

Bagaimanapun, Assad berjaya mengekalkan sokongan agak besar, puak Alawite telah menjadi penyokong terkuat beliau manakala puak Sunni berperanan sebagai tulang belakang revolusi itu dan hanya segelintir daripada mereka (golongan sekular dan atasan) menyokong kerajaan kerana khuatir akan berlaku huru-hara dan kebangkitan kumpulan pelampau di negara tersebut.

4. Bagaimana konflik itu bermula?

Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Keganasan semakin meningkat selepas pembangkang melancarkan serangan balas di kawasan kejiranan penduduk.

Tentera rejim Assad dan FSA sering bertempur sehingga menyebabkan angka korban meningkat dari hari ke hari.

Homs telah menjadi satu daripada lokasi utama kebangkitan rakyat yang kebanyakannya adalah puak Sunni di kawasan kejiranan Baba Amr.

5. Apakah tindakan negara antarabangsa untuk menghentikan keganasan tersebut?

Usaha negara antarabangsa untuk menamatkan konflik di Syria seakan tidak berhasil.

Tindakan Liga Arab menghantar kumpulan pemerhati mereka ke negara tersebut pada November lalu juga dlihat sebagai gagal kerana kerajaan Assad masih enggan mematuhi pelan damai yang dicadangkan organisasi antarabangsa itu.

Cadangan Resolusi Majlis Keselamatan PBB juga tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan dari Rusia dan China.

Arab Saudi dan Qatar bercadang untuk memberi bantuan ketenteraan tetapi Amerika Syarikat dan negara lain tidak menyokong cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak kerana khuatir ia akan menyebabkan pertumpahan darah menjadi lebih buruk.

Ini kerana Syria dikelilingi satu jaringan kompleks kesetiaan dengan kumpulan Hezbollah dan Iran di rantau tersebut.

Selepas pelbagai usaha menemui jalan buntu, Liga Arab memutuskan untuk menghantar bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan untuk mengadakan rundingan bersama Assad.

Semasa rundingan pertama, presiden itu menolak untuk mengadakan sebarang dialog politik kerana mendakwa ‘kumpulan pengganas bersenjata’ masih bermaharajalela di negara tersebut.

Matlamat Annan adalah cuba mengatur satu gencatan senjata dan mendapatkan laluan untuk agensi bantuan kemanusiaan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Syria yang sedang bergolak.

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin kumpulan pembangkang termasuk ketua Badan Penyelarasan Pembangkang, Hassan Abdulazim.

Dalam satu kenyataan, Abdulazim menegaskan sebarang usaha untuk menyelesaikan krisis di Syria sepatutnya dilakukan selepas tahanan dibebaskan dan keganasan berakhir.

Bagaimanapun, misi selama dua hari ke Damsyik itu didakwa gagal memeterai sebarang perjanjian untuk menghentikan pembunuhan ke atas orang awam terutamanya wanita serta kanak-kanak di negara itu.

Sebaliknya angka korban terus meningkat sehingga memaksa ratusan penduduk melarikan diri ke Turki sejak Sabtu lalu.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/memahami-pergolakan-di-syria-1.31733

Disebabkan aku kene present tentang pergolakan di Syria, jd kene buat research skit...betapa di sana mereka menderita sementara kiata di sini masih lena dibuai mimpi indah....salam muhasabah...=)

Saturday, 17 March 2012

HAK SEORANG MUSLIM

Antara hak-hak seorang muslim ialah:
  1. Memberi salam
  2. Penuhi undangannya
  3. Memberi nasihat
  4. Mendoakan ketika bersin
  5. Menziarah ketika sakit
  6. Iringi jenazahnya
  7. Prihatin kepada sahabat

PEMBAHAGIAN MASA

Pembahagian masa bagi seorang Muslim:
  1. Agama - ketaatan kepada Allah
  2. Mencari rezeki
  3. Berkhidmat kepada manusia
  4. Kerehatan badan